Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
Hujan... hujan ini ingat pulak lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad... Semoga Rohnya Ditempatkan bersama orang - orang yang beriman...
Sejuk malam ni.... sesuai untuk rehatkan badan selepas penat bekerja...
hahaha...sebenarnya saya yang penat....
huhuhu... napelah aku yang dilantik menjadi setiausaha...cek tak mau boleh dak...penat nak buat minit mesyuarat... (ㅠ_ㅠ)
No comments:
Post a Comment