She_da

Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

Aisyah Humairah (✿◠‿◠)


Dah besar anak ibu & abi ni...
Alhamdulillah syukur dikurniakan kesihatan yang baik...

Motif letak gambaq ni sebab nak tunjuk sock yang comey tu...
hahahahaha....

sock yang hanya boleh pakai beberapa minggu ja...
sebab baby dah membesar dengan jaya...
hahahahaha
Syukur Alhamdulillah...

Cantik dah sock Aisyah Humairah...
Nanti Ibu beli yang lain pulak...

Monday, August 15, 2016

My Princess (✿◠‿◠)

Syukur Alhamdulillah...
Berkat doa ahli keluarga dan sahabat handai...
Saya dikurniakan seorang puteri...

Tanggal 9 Julai 2016, Jam 8.45 pagi saya selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan seberat 2.7 kg. 
Pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Sungguh besar pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anaknya...
Terima kasih Mak kerana melahirkan saya..
Sekarang baru saya tahu bagaimana susah payah Mak lahirkan saya..

Pada saya ini adalah pengalaman yang sukar untuk dilupakan..
Ini merupakan pengalaman manis yang setiap Ibu di dunia ni rasa...
Walaupun perit ini adalah pengalaman yang sangat manis..
Saat ketika bayi diletakan atas kita, saat yang sungguh bermakna...
Ketika mendengar suara tangisan bayi..
Rasa syukur tak terhingga kepada Yang Maha Esa..
Hilang segala sakit perit ketika bersalin...

Ini merupakan pengalaman pertama saya..
Melahirkan seorang puteri yang comel..

Semoga anak Ibu sihat sentiasa dan dilindungi oleh ALLAH...
Semoga anak Ibu menjadi anak yang solehah...
Semoga anak Ibu menjadi seorang yang pandai dan berilmu..
Semoga anak Ibu menjadi anak yang berjasa pada Ibu dan Abi, agama dan negara...
Semoga anak Ibu dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidup... di dunia dan akhirat...

Ya ALLAH lindungilah dan rahmatilah anak ku ini...
Berkatilah dia..
Hanya pada-Mu aku memohon...
Amin...



Saturday, October 12, 2013

Kisah Aeril Zafrel & Wawa Zainal


Today's story is about Aeril Zafrel & Wawa Zainal 's baby..

Tolong lah jangan membabitkan bayi yang tak bersalah tu dalam kes ni...
Kita tak tau pun kesahihan yang baby diaorang tu haram ke halal...

Biarlah pihak yang berkenaan yang tetapkan dan nilai perkara ni...
Kita tak tau pun kesahihan perhubungan mereka...
Kita tak tau pun apa yang terjadi antara mereka...
Kita tak tau pun pun status perhubungan mereka sebelum ni...

Jangan kerana kesilapan ibu bapa... anak yang dijatuhkan hukuman...
Jangan suka suka lebalkan anak tu sebangai anak haram...

Boleh jatuh fitnah andai perkara tu tak betul...
Ingat fitnah itu lebih besar dosanya baripada membunuh...
Berani ke tanggung dosa sebesar tu??

Bukan niat saya nak membela mereka berdua...
Tapi... Cubalah berfikiran positive...
Berfikiran terbuka...

Kita bukan orang alim yang boleh judge status anak berkenaan...
Jadi lebih baik mendengar daripada menyampaikan...

Sebab apa yang disampaikan tu belum tentu sahih dan tepat...
Copyright© All Rights Reserved syahidahkasim.blogspot.com