She_da

Monday, August 15, 2016

My Princess (✿◠‿◠)

Syukur Alhamdulillah...
Berkat doa ahli keluarga dan sahabat handai...
Saya dikurniakan seorang puteri...

Tanggal 9 Julai 2016, Jam 8.45 pagi saya selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan seberat 2.7 kg. 
Pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Sungguh besar pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anaknya...
Terima kasih Mak kerana melahirkan saya..
Sekarang baru saya tahu bagaimana susah payah Mak lahirkan saya..

Pada saya ini adalah pengalaman yang sukar untuk dilupakan..
Ini merupakan pengalaman manis yang setiap Ibu di dunia ni rasa...
Walaupun perit ini adalah pengalaman yang sangat manis..
Saat ketika bayi diletakan atas kita, saat yang sungguh bermakna...
Ketika mendengar suara tangisan bayi..
Rasa syukur tak terhingga kepada Yang Maha Esa..
Hilang segala sakit perit ketika bersalin...

Ini merupakan pengalaman pertama saya..
Melahirkan seorang puteri yang comel..

Semoga anak Ibu sihat sentiasa dan dilindungi oleh ALLAH...
Semoga anak Ibu menjadi anak yang solehah...
Semoga anak Ibu menjadi seorang yang pandai dan berilmu..
Semoga anak Ibu menjadi anak yang berjasa pada Ibu dan Abi, agama dan negara...
Semoga anak Ibu dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidup... di dunia dan akhirat...

Ya ALLAH lindungilah dan rahmatilah anak ku ini...
Berkatilah dia..
Hanya pada-Mu aku memohon...
Amin...



Sunday, August 14, 2016

Muncul Semula (っ◔◡◔)っ ♥

Assalamualaikum

Urmmmm....
Dah lama tak update blog ni...
Dah lebih setahun tak update...

Hai..
Apa khabar semua...
Semoga semuanya sihat...

Rupanya lepas kahwin ni dah tak berkesempatan nak baut aktiviti yang selalu buat masa single dulu...
Bukan sebab tak boleh buat..
Tapi tak berkesempatan nak buat..
Keadaan tak mengizinkan..
Lagipun faktor tak de line internet sama...
hehehehehe

Saya nak kongsi kat sini satu video yang saya selalu saya dengar...
Hopefully korang pun suka...




Copyright© All Rights Reserved syahidahkasim.blogspot.com