She_da

Tuesday, November 19, 2013

Tingkah Laku Manusia


Entry kali ni berkaitan dengan tingkah laku seseorang...

Kalau kita perhatikan...
Ada pelbagai ragam manuasia yang kadang - kadang kita rasa pelik...

Pelik sebab apa yang mereka lakukan tu kadang - kadang tak terfikir oleh kita...
Pelik sebab apa yang mereka fikirkan tu tak sama seperti yang kita lakukan...

Ini bukan bermaksud mereka ini tidak normal...
Cuma dari segi pemikiran tu...
Agak berbeza...

Berbeza permikiran itu ada kalanya baik...
Baik dari segi memberi idea yang bernas...
Baik dari segi meningkatkan lagi mutu kerja...

Ada banyak perkara yang melibatkan tingkah laku seseorang...
Apa yang nak saya highlight di sini ialah...
Sifat suka membawa cerita...
Suka mencanang cerita..

Cuba dengar lagu Hazama yang saya attached dekat atas tu...
Lagu yang banyak maksud tersirat...

Zaman sekarang banyak orang suka bawa cerita mengenai orang lain...
Sedangkan dia sendiri tidak betul...

Macam lirik lagu di atas...
" Cerminlah diri... Lihat ke dalam..."
" Betulkan diri... Lupa semalam... "

Lihat dan nilai diri sendiri dahulu...
Sebelum anda menbuka cerita dan aib seseorang...
Sesungguhnya fitnah itu lebih teruk dari membunuh...

Korang cuba baca lirik ni...

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama dengan kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Apa nak hairan?
Zaman macam sekarang

Buah Cempedak di luar pagar
Ambillah galah dan tolong jolokan
Kau berkasut ku berselipar
Apa nak hairan?
Sama di sisi tuhan

Bukan aku nak sangkal kita handal
Kekadang yang bebal susah tampal
Mana boleh nak bedal
Kena berakal

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual

Ikan Kekek Mak ilui ilui
Ikan Gelama Mak ilai ilai
Gaya ranggi tiada, Adui!
Apa nak hairan?
Janji cantik perangai

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik pula bercabang tiga
Kalau tak tahu jangan menambah
Apa nak hairan?
Baik lu diam saja

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Cerminlah diri
Lihat ke dalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Betulkan diri
Lupa semalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Cerminlah diri
Lihat ke dalam

Nang boti nang. Hei!
Kui boti kui. Hei!
Betulkan diri
Lupa semalam
Semalam yang hilang

Ku penglipur lara
Saja nak bercerita
Usahlah terasa
Jangan mudah melatah
Fikir sebelum marah
Nanti kena jual!

No comments:

Copyright© All Rights Reserved syahidahkasim.blogspot.com