Ini baju saya..hehe...Banyak juga manik yang digunakan untuk buat design ni...Ini first time saya jahit manik yang banyak macam ni..hehe..yang penting kita happy dengan apa yang kita buat..
She_da
Friday, February 18, 2011
Orange For My Twin at Office
Baju untuk kembar saya dekat office..Baju ini saya amik masa 2 hari je untuk siapkan..Mula2 buat baju ni agak sukar juga..Kain nya jenis lembut dan jarang..Agar mencabar juga lah..hehe...Alhamdulillah siap juga..dan kembar saya pun suka sebab design dia simple, sesuai untuk dia yang ada anak kecil..
Labels: ✿
manik
Simple Sequin
Ini baju kakak saya..Baju raya untuk tahun lepas..Saya buat simple aje sebab dapat baju ini pun dah nak dekat raya..Bunga Sequin ni simple dan mudah untuk dijahit..Cuma kurang sesuai bagi ibu yang mempunyai anak kecil kerana nanti akak ada kesan pada anak yang di kendong..Kecuali lah anak tu suami yang pegang..hehe..betuah le kalau dapat suami yang baik macam tu..
Labels: ✿
manik
Lovely Blue
Ini baju officemate saya..Mula2 buat baju ini agak mencabar juga sebab dia nya kain lenbut dan jarang..dah le ilmu time tu saya baru je berjinak2 nak menjahit manik baju...berkat tunjuk ajar sifu saya...Alhamdulillah akhirnya siap juga baju nih...Masa yang saya amik untuk siapkan baju ni lebih kurang 2 minggu..Syukur Alhamdulillah tuan punya baju ni berpuas hati denganhasil kerja saya...
Labels: ✿
manik
Daisy Flower For My Cute Niece
Setiap kali musim perayaan menjelang..Pasti kita sibuk denagn persiapan untuk perayaan..Tak kurang juga dengan persiapan baju raya..Dapat dilihat trend baju raya akan berubah pada setiap tahun...Kali ini tema jahit manik dibaju menjadi trend yang terkini....Ini adalah antara hasil kerja tangan yang saya buat semperna Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas..Baju raya dengan jahitan Bunga Daisi yang simple untuk anak buah saya yang cute dan banyak cakap...Sesuai dengan character dia yang lincah..
Labels: ✿
manik
Monday, August 9, 2010
Perhatian
Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda. Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".
Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.
Friday, August 6, 2010
Masa Lapang
Ini lah kerja aku time aku free..menjahit manik di baju..tak de lah cantik sangat tapi best juga kalau tak de apa yang nak di buat. Boleh juga upgraded baju - baju lama menjadi baju baru...tak yah buang duit nak beli baju baru..hehehe..tu pu kalau baju tu masih muat lah..kalau tak kim salam je lah... Sekarang ni dah banyak org suka jahit - jahit manik ni.. ada yang boleh buat business pun.. Tapi aku tak de lah buat business. Aku pun masih dalam proses belajar.. Takat buat baju sendiri je.. Kalau baju orang mungkin lambat lagi kot.. Apa - apa pun yang penting minat mesti ada.. dan yang penting harus sabar..
Credit to kak fieza coz selalu ajar aku bab2 manik ni..Aku start belajar pun dari dia lah..Thankz sis...
Subscribe to:
Posts (Atom)




