Entry kali ni mengenai JODOH
Kekadang kita rasa kenapa kita masih belum menemui jodoh yang sesuai untuk kita..
Sedangkan kita sudah bersedia untuk memikul tanggungjawap sebagai pasangan yang sempurna untuk sidia...
Kekadang kita rasa kenapa jodoh itu terlalu cepat datang kepada kita...
Sedangkan kita masih belum bersedia memikul tanggungjawap sebagai pasangan untuk sidia...
Masih belum puas untuk merasai kebebasan dan kegembiraan hidup...
Itu semua terpulang kepada pendapat masing2...
Pada pendapat saya JODOH itu sesuatu yang sangat indah..
Indah dari segi pertemuan antara adam dan hawa...
Jodoh itu menjadi lagi indah kerana ia adalah sebuah rahsia yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa semasa kita masih lagi dirahim ibu kita...
Bertapa indahnya kejadian JODOH itu...
Jadi janganlah merungut atau mengeluh dengan jodoh yang anda terima...
Setiap jodoh itu anugerah yang terindah dari Yang Maha Esa kepada setiap hamba-Nya...
Bermuhasabah dengan apa yang kita terima dan bersyukur dengan segalanya...
Kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya...